sahabat

sahabat atau dikenali sebagai kawan adalah seseorang yang rapat dengan kita, kawan untuk meluahkan perasaan sama ada suka atau pun duka. apabila terjalinnya sesuatu perhubungan iaitu sebagai sahabat, tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan sangat besar. apabila berlaku konflik antara kawan, makna kepercayaan yang diberikan hancur dengan serta merta. untuk mencari sahabat pula, seseorang itu harus memikirkan pelbagai aspek, tak kira segi luaran, mahupun dalaman. terlalu susah untuk mencari sahabat pada abad ini. seseorang perlu menilai setiap perbuatan yang dilakukan oleh sahabatnya. apabila seseorang itu sudah yakin dengan pemilihannya, jangan terlalu mudah untuk menceritakan segala masalah kepada sahabat. kita perlu mengenalinya lebih kurang 3 bulan untuk mengenali sepenuhnya. carilah kawan yang boleh dipercayai. agak sukar untuk menjumpai orang yang seperti ini.

Comments

Post a Comment

Popular Posts