Sebuah Kisah Kita ( bahagian 1)
Yang aku miliki hanyalah sekeping hati,
Ketika aku meniti hidup ini keseorangan,
Aku hanyut dipukul gelombang,
Tewas dalam perjuangan...
Ku mencari, di mana insan yang selama ini meniti hidup bersama ku,
Ku mencari insan yang selama ini aku dengari masalahnya,
Ku mencari insan yang selama ini mengalir air matanya di hadapanku,
Ku mencari insan yang pernah ku pinjamkan bahuku, telingaku, hatiku,
Masaku dan seluruh jiwaku,
Hanya untuk dirinya.
Ku mencari insan itu.
Kerana kini masanya aku dirundung kekalutan,
Aku hilang arah
Aku hilang tuju
Aku mencari jalan
Aku mencari tempat berteduh
Dan akhirnya ku temui tempat untuk berlindung.
Tetapi dia hadir bagai angin yang memukul awan.
Setia di situ apabila ingin mencurahkan hujan,
Lalu ia berlalu pergi setelah ia kosongkan kandungannya,
Belum pun sempat basah di tubuhku kering.
Akhirnya, aku pasrah.
Di hati ini tersematnya mutiara sejati,
Mutiara persahabatan sejati..

Comments
Post a Comment