Luahan Hati Seorang Wanita

   Di sini ku menyatakan Beribu Sesalan mengenalimu. Masih ku ingati, di dalam Gerimis Memori Tercipta antara kita Bernafas Dalam Lumpur ketika Tragedi Oktober itu berlaku. Tetapi kau tetap berada di Carta Hati . Ku mengenalimu sebagai Sahabat . Ku akui Kehilanganmu Berat Bagiku untuk menanggungnya. Ketika itu, ku rasakan kau merupakan Paling Comel . Ku Mengusung Rindu ketika ketiadaanmu. Ketika itu, Memori Berkasih melayang di fikiranku. Aku Rapuh ketika disisimu. Apa yang bisaku lakukan kerana Kita Insan Biasa . Ku mohon dirimu untuk Ajari Aku dalam erti cinta. Kasih Jangan Kau Pergi meninggalkanku. Tapi Doaku Untukmu Sayang sentiasa mengiringi. Bila esok kita bertemu. Ku harap engkau sentiasa mengingatiku. Keranaku akan sentiasa Menunggu dirimu. Di Saat Aku Mencintaimu kau mengucapkan Selamat Tinggal kepadaku. Ketika itu, ku rasakan seperti Rama - Rama yang tiada tuju. Bahagiamu Deritaku tika kau pergi bersama si dia. Lagu Sedih sentiasa berkumandang di radio pada ketika itu. Aku Bosan dengan cintamu. Rupanya, dirimu seorang Kasanova yang tidak menjeratku di dalam arus cintamu. Aku hanya insan biasa yang sudah terjatuh pabila dirimu ungkapkan I Love You kepadaku. Dikau memohon maaf kerana telah melukaiku. Aku Percaya Pada Luka bisa sembuh walaupun aku masih Fobia Cinta dengan dirimu. Kau janji untuk membahagiakanku selamanya. Walaupun pada mulanya Pelamin Anganku Musnah tetapi kau bina mahligai yang indah untukku. Terima Kasih ku ucapkan. Bahagia diri ini pabila kau ungkapkan kata - kata Sayang terhadap diriku.

# thanks to my besties, Hani for this word... sarangeyo

Comments

Popular Posts