lupakan dia

assalamualaikum.. hai semua..alhamdulilah.. setelah berapa lamanya aku mendiamkan diri kerana sibuk dengan class dan segala-galanya.. aku diberi peluang untuk menulis balik dalam blog aku ni... maaflah aku tak selalu update kan blog ni.. maklumlah aku ni pelajar tahun akhir.. jadi macam-macam aku kena buat untuk habiskan tahun akhir aku ni.. so... sekali lagi alhamdulilah... akhirnya aku dan seluruh warga umat islam dapat menyambut bulan yang sangat dinanti-nantikan iaitu bulan ramadhan. alhamdulilah... so.. bulan ni jangan ada yang ponteng puasa pulak.. Allah nampak.. ha... hati-hati... so..

hari ni aku nak story sikit pasal aku lupakan dia.. kenapa aku pilih tajuk aku lupakan dia? sebab ini sangat related dengan aku.. macam biasa.. sebelum ni aku ada suka seseorang yang seperti korang semua tahu.. aku memang minat kat dia.. tapi biasalah.. perasaan kan... lebih kurang macam makanan la.. bila kita biarkan lama-lama.. ia akan menjadi busuk dan membuat kita rasa tak nak makan .. betul tak? begitu juga dengan aku...

sekarang aku dah mula sedar yang aku sebenarnya tak perlukan dia sebab aku tengok dia dah bahagia sangat dengan kekasih hati dia... satu hari aku ada class.. aku pergi dengan kawan aku... habis jek class.. aku ngan kawan aku otw nak ke kereta.. dah naik kereta ni.. aku nampak lah crush aku balik dengan awek dia.. kereta aku dengan dia lebih kurang macam sederet la... biasalah perempuan.. bila tak tahan tengok crush dia ngan orang lain.. dia rasa panas.. aku tak rasa aku sorang.. aku rasa semua perempuan mesti sama dengan aku...

and then aku nak cepat la sebab kalau boleh biar aku balik dulu... tapi mungkin Allah nak tunjuk yang aku rasa aku tak perlukan dia.. dia lalu depan kereta aku dengan awek dia sambil sengih-sengih.. kawan aku pulak boleh kata yang diorang ni sweet... ya Allah... aku rasa macam hati aku ni dicarik-carik tau... dah la aku tengok depan mata aku sendiri.. tetiba kawan aku kata macam tu.. bukan nak bagi coolkan hati aku ni.. time tu jugak aku badmood... aku layan kawan aku gitu-gitu jek..

masa aku otw nak hantar kawan aku ni pergi bus stop.. dalam hati aku ni nangis jek mengenangkan apa yang aku nampak tadi... aku nak sabar tak boleh.. jadi.. lepas aku hantar kawan aku pergi bus stop.. aku pergi satu tempat yang aku  boleh jerit sepuas-puasnya... tapi malang.. ada orang kat situ... jadi.. aku  stopkan kereta aku kat parking.. and dalam kiraan 1...2...3... arghhhhhhhh!!!!!!!

kenapa semua ni berlaku kat aku....kenapa... time aku nak lupakan kau... time tulah kau ni macam tergedik-gedik nak kat aku.. bila aku terhegeh-hegeh nak kat kau... kau buat aku rasa menyampah tengok kau...aku tahan jek tau tak.... tolong laaa... kahwin la cepat.. tolong hilangkan rasa sakit hati aku ni ... tolongla.. aku tak mintak lebih...

tu lah yang aku cakap waktu aku lepaskan semuanya dalam kereta... aku menahan seorang-seorang... aku nangis dalam kereta.. memang waktu hanya aku dan Allah jek tahu... aku lepaskan semua  yang aku pendam dalam hati... alhamdulilah... Allah dengar rintahan aku waktu tu.. membuatkan aku rasa tak de pape bila aku tengok gambar diorang.. aku rasa macam apa yang aku rasa dah lepas... memang rasa free sangat.. seriously...

apa yang aku nak cuba sampaikan kat sini ialah... bila kita suka seseorang... kita kena luahkan dia walaupun dia dah boy/girl... tak apa... biar tebalkan muka.. at least korang tak de rasa macam terseksa macam mana aku rasa... at least korang rasa lega bila korang dah sampaikan apa yang korang nak sampaikan tu... dia nak terima or tak nak terima... lantaklah... yang penting hati korang... kalau dia fikir lain.. lantak dia... ok? so... jangan pendam... luahkan... dengar nasihat aku tau.. and busy-busykan lah diri supaya tak terfikir perkara tu... ok? selamat berpuasa ... jangan lupa baca niat.. and thanks sebab sudi luangkan masa korang untuk dengar bebelan aku ni... bye... Assalamualaikum..

Comments

Popular Posts